Halaman berita sedang dikemaskini

Kembali

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID JAIS

Bahagian Pengurusan Masjid ialah satu daripada bahagian di bawah Pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor Darul Ehsan. Pengurusan Masjid berkait rapat menguruskan keseluruhan masjid, surau dan membekal teks khutbah.

  • VISI : Memperkasa masjid sebagai Pusat Pengupayaan Ummah
  • MISI : Merealisasikan agenda transformasi masjid lestari dan kondusif yang mendapat rahmat serta redha Allah

Fungsi Bahagian Pengurusan Masjid

  • Mengurus perlantikan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid seluruh Negeri Selangor
  • Menguruskan pelbagai permohonan yang berkaitan dengan masjid / surau
  • Menguruskan pembinaan dan pendaftaran masjid / surau seluruh Negeri Selangor
  • Menguruskan pentadbiran masjid / surau seluruh Negeri Selangor
  • Menguruskan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Panel Khutbah Negeri Selangor 6. Menguruskan pengeluaran khutbah Jumaat dan koleksi khutbah Negeri Selangor
  • Memproses / Melantik Pegawai Penyelaras Masjid Seluruh Negeri Selangor, serta menguruskan tuntutan kelas Takmir / kursus-kursus Guru- GuruTakmir dan Imam-Imam Masjid

Berita & Aktiviti

Info Lanjut