| Bahagian pengurusan masjid JAIS | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Fokus utama Bahagian Pengurusan Masjid adalah untuk menjadikan masjid zon aman untuk beribadah dan mengadakan aktiviti membangun ummah.Ia juga untuk memastikan masjid-masjid dan surau-surau berada dalam keadaan baik dan selesa untuk umat Islam beribadat dan mengadakan program-program pengimarahan. visi : Untuk melahirkan masyarakat Islam yang komited terhadap masjid dengan pelbagai aktiviti dan program pengimarahan kepada semua lapisan masyarakat misi : Untuk melahirkan satu pengurusan pentadbiran masjid di dalam negeri Selangor yang terbaik, cekap, menjadi contoh dan diredhai Allah S.W.T |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Hadis | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia: Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh. Kemudian baginda menjawab, Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Maklumat Masjid dan Surau mengikut daerah bagi tahun 2012 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
catatan : Bilangan Masjid Diraja dan Masjid Institusi adalah termasuk bilangan keseluruhan masjid |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Berita bahagian pengurusan masjid | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pekeliling Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai Masjid Dan Jawatankuasa Kariah Negeri Selangor Sesi 2012 - 2015 03-02-2012 :Dimaklumkan bahawa proses pelaksanaan Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah Negeri Selangor bagi Sesi 01 Jun 2012 hingga 31 Mei 2015 akan dilaksanakan mulai 8 Februari hingga 30 April 2012. Sehubungan itu, satu pekeliling berkaitan telah dikeluarkan oleh Jabatan ini sebagai peraturan dan panduan dalam pelaksanaan Mesyuarat tersebut. Pekeliling dan borang boleh dimuat turun di ruangan perkhidmatan/Pekeliling. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Unit Pengurusan Masjid, Pejabat Agama Islam Daerah. |


