Berita
Tarikh Berita: 01-08-2016
Tajuk berita: Program Turun Padang dan Taklimat Pelaksanaan Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Dan Pemilihan Anggota Jawatankuasa Surau Negeri Selangor
Isi Kandungan: Bahagian Pengurusan Masjid dengan kerjasama Unit Pengurusan Masjid Daerah akan melaksanakan program tersebut bermula 2-17 Ogos 2016 ini di setiap daerah bagi memberi penerangan dan taklimat berkaitan pelaksaan mesyuarat agung khas pencalonan dan pemilihan anggota jawatankuasa surau di seluruh negeri Selangor yang akan bermula pada 20 Ogos 2016 hingga 31 Oktober 2016. Pelantikan pegawai dan jawatankuasa baru surau akan bermula berkuatkuasa pada 1 Januari 2017. Moga perjalanan mesyuarat tersebut dapat dilaksanakan dengan aman dan teratur dan ahli kariah dapat membuat pilihan yang terbaik bagi memikul amanah menjaga rumah Allah di Negeri Selangor.

Arkib Berita