Berita
Tarikh Berita: 10-05-2016
Tajuk berita: KONVENSYEN PEMANTAPAN DAN PEMERKASAAN PENGURUSAN MASJID DAN SURAU SEMPENA PENYAMPAIAN BANTUAN MOREH BULAN RAMADHAN 1437H
Isi Kandungan: Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor akan melaksanakan Konvensyen Pemantapan dan Pemerkasaan Pengurusan Masjid dan Surau Negeri Selangor serta Penyampaian Bantuan Moreh Bulan Ramadhan pada 30 Mei 2016 bertempat di Dewan Solat Bawah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( Masjid Negeri) Shah Alam dari jam 8.00 pg hingga 1.00 Tengahri. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor. Antara pengisian menarik: 1. Talk Show bertajuk " Tauliah: Antara Undang- Undang dan Kepentingan menjaga Maqasyid Syariah" bersama Dr. Anhar Opir dan Tuan Mohd Fouzi Mokhtar. 2. Forum bertajuk " Pengurusan Masjid dan Surau Dalam Mendepani Alaf 21" bersama Dato' Dr Abd. Halim Tamuri dan Ustaz Zulkifli Ahmad (Zul Pandan) dan dimoderatorkan oleh A.F Ustaz Jamali Adnan. *Pegawai Masjid dan Surau dijemput hadir ke majlis tersebut

Arkib Berita