Berita
Tarikh Berita: 15-07-2022
Tajuk berita: Program Taklimat Pelaksanaan Mesyuarat Agung Khas Pencalonan dan Pemilihan Anggota JK Kariah dan Pemeriksa Kira- Kira Bagi Masjid Di Negeri Selangor Sesi 2023-2025
Isi Kandungan: Bahagian Pengurusan Masjid dengan kerjasama Unit Pengurusan Masjid Daerah akan melaksanakan program tersebut bermula 16/7/2022- 31/7/2019 ini di setiap daerah bagi memberi penerangan dan taklimat berkaitan pelaksaan mesyuarat agung khas pencalonan dan pemilihan anggota jawatankuasa kariah dan pemeriksa kira- kira bagi masjid di seluruh negeri Selangor yang akan bermula pada 1 Ogos 2022 hingga 15 Oktober 2022. Pelantikan anggota jawatankuasa kariah dan pemeriksa kira- kira bagi masjid yg baru bagi semua masjid akan bermula berkuatkuasa pada 1 Januari 2023- 31 Disember 2025. Moga perjalanan mesyuarat tersebut dapat dilaksanakan dengan aman dan teratur dan ahli kariah dapat membuat pilihan yang terbaik bagi memikul amanah menjaga rumah Allah di Negeri Selangor.

Arkib Berita